Jatuh Bangun Tangga Kejayaan

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Disini saya hendak mengupas dan berkongsi pengalaman serta buah fikiran tentang apa jua yang mampu mendatangkan hasil "pulus". Sebelum itu saya hendak bercerita serba sedikit mengenai diri saya. Saya adalah seorang yang terlalu banyak berfikir dan mengkaji apa jua yg berlaku didepan mata atau terlintas difikiran. Saya juga telah banyak melalui zaman jatuh dan bangun dalam dunia perniagaan. mencari2 jalan terbaik untuk menambahkan pendapatan walau sedikit. Selalu mendengar dan membaca artikel2 kerkenaan apa jua saluran untuk menambah pendapatan.

Mungkin ada pendapat, tips dan nasihat yang berguna untuk dikongsi bersama pembaca dalam artikel2 yang akan saya keluarkan kelak. dan sebelum itu, saya juga ingin memohon jutaan ampun dan maaf sekiranya ada yang tersinggung atau terpesong dari fakta yang sebenar dalam artikel yang akan diterbitkan. anda bolehlah email terus kepada saya untuk bantahan atau memperbetulkan fakta yang difikirkan tidak betul Sesungguhnya saya hanya manusia biasa yang tidak lari dari membuat kesalahan.. Anda juga boleh memberikan idea dan pendapat kepada saya berkenaan apa yang difikirkan berkaitan dengan blog saya ini. emailkan ke hondadh94@yahoo.com

Monday, February 14, 2011

Penternakan Lintah

Lintah
    Lintah adalah sejenis haiwan yang menghisap darah. Dahulunya lintah ditakuti dan digeruni kerana sifatnya yang menghisap darah dan mampu masuk kedalam badan manusia melalui rongga2 yang terbuka. Tetapi kini lintah dikatakan mampu menjana wang yang lumayan dan menjadi tren masa kini untuk diternak.
    Lintah mampu menghasilkan sejenis cecair yang dinamakan hirudin, iaitu bahan yang sangat bernilai dan diperlukan didalam bidang perubatan dan kosmetik. Lintah juga dikatakan senang untuk dibela. Hanya diberi makan 2 kali seminggu, haiwan yang tahan lasak, membiak dengan cepat dan banyak, penjagaan yang minima.
    Tiada betina dan tiada jantan. Lintah mempunyai kedua2 jantian dan mampu mengawan sesama sendiri. Tinggal didalam air dan mampu hidup ditempat kering dalam jangka masa yang lama. Tiada mata tetapi mampu mengesan mangsa melalui kocakan air yang dilakukan mangsa.
    Berdasarkan pengalaman, saya hendak mengupas berkaitan isu ini.

Cara ternak
    Sebenarnya, penternakan lintah bukanlah semudah seperti apa yang anda semua dengar. keuntungannya juga kecil jika diambilkira kos yang dikeluarkan. Mungkin dengan memasarkan sendiri hasilnya ke luar negara jalan terbaik.
    Lintah diternak dengan pelbagai cara, antaranya kolam tanah yang dialas dengan canves, kolah atau calvet simen, tangki fiber dan sebagainya. Kaedah terbaik adalah dengan menggunakan tangki fiber. ini kerana sifatnya yang ringan dan tahan lasak serta mudah untuk dialihkan.
    kolam tanah hanya akan merugikan kerana kanves yang cepat mereput. Dengan menggunakan kanves yang digunakan lori tu, yang warna hijau tu aku pun x tau apa namanya. dapat bertahan lama tetapi harganya yang sangat mahal.
    Lintah mampu untuk keluar dari kawasan ternakan kalau kawasan ternakan tidak dikawal rapi dan diletakan bahan2 atau sekatan untuk menghalangnya dari berjalan keluar.
    Dengan meletakan  tumbuhan air seperti keladi bunting mampu menjadikan kawasan ternakan seperti habitat asal dan menjadi sarang kepada lintah untuk bertelur.

Potensi
    Berapa orangkah penternak lintah yang berjaya di malaysia? tidak tahu bukan! Sepanjang pengetahuan saya, belum ada yang berjaya termasuk saya sendiri. mungkin ada yang berjaya, tetapi terlalu kecil jumlahnya. rakan2 saya yg lain juga masih belum berjaya.
    Kos yang saya keluarkan besar iaitu puluhan ribu. tetapi mengapa masih belum berjaya? Saya mahu bertanyakan kepada anda. Berapa sekilogram harga untuk anda jual dan berapa pula sekilogram harga makanan lintah. Buat pengetahuan anda, makanan utama lintah adalah belut iaitu 20/kilo. berapa kilo belut per sekali makan X 2 kali seminggu X 5 minggu. hmm.. rasanya dah melepasi harga pasaran lintah.
    Sekiranya anda mendapat harga pasaran lintah yang tinggi. Senangkah untuk anda mendapatkan bekalan belut? pasti suatu yang amat menyukarkan, lebih2 lagi dalam jumlah yang banyak.

Kesimpulan
    Saya banyak mengalami suka duka dalam penternakan lintah, akhirnya tidak kemana.  Pratusan untuk berjaya yang sangat kecil. Lihatlah sendiri, masyarakat tiongha yang memonopoli bidang perniagaan pun tidah mahu menceburi perniagaan ternakan lintah. Justeru itu, sekiranya ada dikalangan anda yang mahu menternak lintah, fikir2kanlah. Jangan terpedaya dengan cerita keuntungannya. Kajilah potensinya.
    Berdasarkan artikel saya ini, saya akan katakan tidak kepada penternakan lintah.

No comments:

Post a Comment