Jatuh Bangun Tangga Kejayaan

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Disini saya hendak mengupas dan berkongsi pengalaman serta buah fikiran tentang apa jua yang mampu mendatangkan hasil "pulus". Sebelum itu saya hendak bercerita serba sedikit mengenai diri saya. Saya adalah seorang yang terlalu banyak berfikir dan mengkaji apa jua yg berlaku didepan mata atau terlintas difikiran. Saya juga telah banyak melalui zaman jatuh dan bangun dalam dunia perniagaan. mencari2 jalan terbaik untuk menambahkan pendapatan walau sedikit. Selalu mendengar dan membaca artikel2 kerkenaan apa jua saluran untuk menambah pendapatan.

Mungkin ada pendapat, tips dan nasihat yang berguna untuk dikongsi bersama pembaca dalam artikel2 yang akan saya keluarkan kelak. dan sebelum itu, saya juga ingin memohon jutaan ampun dan maaf sekiranya ada yang tersinggung atau terpesong dari fakta yang sebenar dalam artikel yang akan diterbitkan. anda bolehlah email terus kepada saya untuk bantahan atau memperbetulkan fakta yang difikirkan tidak betul Sesungguhnya saya hanya manusia biasa yang tidak lari dari membuat kesalahan.. Anda juga boleh memberikan idea dan pendapat kepada saya berkenaan apa yang difikirkan berkaitan dengan blog saya ini. emailkan ke hondadh94@yahoo.com

Monday, February 14, 2011

Tips perniagaan

Tahukah anda, mengapa masyarakat melayu susah hendak maju walaupun berada disekeliling kawasan melayu sendiri dan tidak dapat bersaing dengan peniaga berbangsa lain. Sebenarnya kita perlu mengikis perasaan iri hati terhadap saingan perniagaan kita. Antara perkara2 yang harus dikikis dan ditambahbaikan adalah:
Contoh: Anda mahu membuka kedai telekomunikasi.
1. Ditempat banyak kedai telekomunikasi tidak menguntungkan kerana terpaksa bersaing dengn kedai telekomunikasi yg lain.
Sebenarnya ditempat banyak kedai telekomunikasi pastinya akan menjadi lokasi yg sering dikunjungi pembeli kerana banyak pilihan dan lebih terkenali dari tempat yg hanya ada 1 kedai.
2. Sesetengah aksesori kurang permintaan dan susah nak jual, so rugi je jual benda2 macam ni. baik jngan ambil risiko jual. lebih baik jual benda yang senang nak jual je dah cukup cam topup dan telefon berjenama tertentu..
sebenarnya pelanggan akan memilih kedai yang lengkap mempunyai pelbagai aksesori dan banyak pilihan. Seringkali pelanggan membeli barang lain sebagai tambahan kepada barang yang hendak dibeli hanya kerana tertarik sebaiksahaja terlihat setelah berkunjung ke kedai tersebut.
3. Kedai sebelah jual barang yg sama dengan aku, rugilah aku. baik aku lingkupkan kedai dia.
Jangannn... Sebenarnya kalau anda bersatu dengan kedai sebelah lebih baik. maksudnya anda berkerjasama. sebagai contoh, anda memerlukan modal RM 5k untuk menambah barangan kedai anda. Tetapi cuba anda bayangkan sekiranya anda berpakat dengan kedai sebelah seorang keluarkan modal RM 5k, bermakna sudah ada RM10k. Membeli barang dengan nilai RM 10k dan kemudian dibahagikan sama rata pastinya akan dapat harga yang jauh lebih murah, ini dapat melipatgandakan keuntungan anda.
4.Tak perlulah promosi, kawasan ni kecil aja dan semua orag tau kedai saya.
Salah tu.. sebenarnya dengan promosi, anda bukan sahaja memperkenalkan kedai anda, bahkan mengingatkan masyarakat setempat yang kedai anda masih wujud dan mungkin ada barang baru yang belum diketahui umum.

No comments:

Post a Comment